Monday, August 2, 2010

Perkara 12. Latihan / Aktiviti

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang akan ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-

Pengetahuan Am Kepolisan. Perkarayang berkaitan dengan pengetahuan am kepolisan meliputi kawad, syarahan undang-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.

Bina Diri / Kreativiti. Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat terhadap hobi masing2 melalui projek2 minat sendiri

Khidmat Masyarakat. Aktiviti2 yang dibina untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan kebombaan, pertolongan cemas serta lawatan ke rumah kebajikan dan kerja2 amal secara berterusan.

Ketahanan Diri. Latihan berbentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dsb yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.

Kepemimpinan. Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepemimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepemimpinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.

Sumber rujukan dari Buku Panduan Pengurusan & Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia 1998.

No comments:

Post a Comment