Wednesday, August 11, 2010

Kenali Ketua Polis Negara

Sejak dari tahun 1958 hingga kini, PDRM telah ditadbir oleh 8 orang KETUA POLIS NEGARA / Inspector General of Police (IGP). Berikut adalah nama-nama individu berkenaan :
  1. Tan Sri Sir Claude Fenner klik sini
  2. Tun Mohamed Salleh bin Ismael klik sini
  3. Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim klik sini
  4. Tun Mohammed Hanif bin Omar klik sini
  5. Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor klik sini
  6. Tan Sri Norian Mai klik sini
  7. Tan Sri Mohd. Bakri Bin Hj. Omar klik sini
  8. Tan Sri Musa Tan Sri Dato' Hj Hassan klik sini

Tuesday, August 3, 2010

Objektif Nasional

  1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
  2. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal-hal keselamatan.
  3. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  4. Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.
Sumber rujukan dari Buku Panduan Pengurusan & Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia 1998.

LOGO BERKAITAN

  1. Logo INTEGRITI
  2. Logo SPRM
  3. Logo Rakan Cop

Monday, August 2, 2010

Pucuk Pimpinan PDRM

Perkara 12. Latihan / Aktiviti

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang akan ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-

Pengetahuan Am Kepolisan. Perkarayang berkaitan dengan pengetahuan am kepolisan meliputi kawad, syarahan undang-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.

Bina Diri / Kreativiti. Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat terhadap hobi masing2 melalui projek2 minat sendiri

Khidmat Masyarakat. Aktiviti2 yang dibina untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan kebombaan, pertolongan cemas serta lawatan ke rumah kebajikan dan kerja2 amal secara berterusan.

Ketahanan Diri. Latihan berbentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dsb yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.

Kepemimpinan. Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepemimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepemimpinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.

Sumber rujukan dari Buku Panduan Pengurusan & Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia 1998.

Sunday, August 1, 2010

Latar Belakang PKP

2.1
Atas arahan MAGERAN, Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan PKP di bawah Seksyen 68 Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak 56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.

2.2
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, P.K. (A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.

PKP = Pasukan Kadet Polis

Sumber rujukan dari Buku Panduan Pengurusan & Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia 1998.

Carta Pasukan 1 Platun

Jumlah Kekuatan : 1 Inspektor, 1 Sarjan, 3 Koperal dan 30 Anggota
Jumlah 1 Platun = 35 orang