Thursday, July 29, 2010

Peranan & Bidang Tugas

Semua anggota PKP juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kawasan sekolah seperti :-
  1. kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah.
  2. kawalan trafik dalam kawasan sekolah.
  3. bantuan mengekalkan disiplin dan tatatertib di sekolah.
  4. bantuan kepada anggota polis yang bertugas di sekolah dalam acara-acara tertentu.
  5. memberi maklumat kepada pentadbiran sekolah jika terdapat atau mengetahui sebarang kegiatan salah laku oleh mana-mana pihak dalam kawasan sekolah.
  6. mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan, perhimpunan, perbarisan dan pertunjukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Sumber rujukan dari Buku Panduan Pengurusan & Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia 1998.

No comments:

Post a Comment