Thursday, July 29, 2010

Peranan & Bidang Tugas

Semua anggota PKP juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kawasan sekolah seperti :-
  1. kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah.
  2. kawalan trafik dalam kawasan sekolah.
  3. bantuan mengekalkan disiplin dan tatatertib di sekolah.
  4. bantuan kepada anggota polis yang bertugas di sekolah dalam acara-acara tertentu.
  5. memberi maklumat kepada pentadbiran sekolah jika terdapat atau mengetahui sebarang kegiatan salah laku oleh mana-mana pihak dalam kawasan sekolah.
  6. mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan, perhimpunan, perbarisan dan pertunjukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Sumber rujukan dari Buku Panduan Pengurusan & Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia 1998.

Tuesday, July 27, 2010

Struktur Pangkat Kadet Polis


























Struktur pangkat dalam organisasi Kadet Polis adalah sama seperti dalam Jabatan PDRM. Perhatikan bentuk lencana yang akan dipakai oleh seorang pegawai Kadet Polis / Polis.

Gambar Pangkat Polis ini di rujuk dari laman web Kor Kadet Polis IPDJBS.

Tuesday, July 13, 2010

Kenangan KJTKP 2010

Terima Kasih... AJK

Terima kasih banyak-banyak kepada semua guru dan AJK yang telah berusaha menjayakan Kem Jati Diri Kadet Polis 2010. Semoga kita semua mendapat manfaat dan berkat dari usaha ini.

Kelas Teori Menembak

Pada 4hb OGOS 2009 yang lalu, buat julung kalinya di Dewan Terbuka SMK Pantai Sepang Putra, telah berlangsungnya satu sesi Kelas Teori Menembak anjuran IPD Sepang

Saturday, July 10, 2010

Berita KEM Terbaru

Pada tarikh 9hb - 11hb JULAI 2010 ini, akan dijalankan satu perkhemahan kali ke-2 oleh badan beruniform Kadet Polis SMK Pantai Sepang Putra.

Aktiviti yang dirancang adalah seperti:
1) Latihan Kawad Kaki Asas.
2) Night Walk
3) Rempuh Halangan
4) Orienteering
5) Pertandingan Kawad Kaki Individu
6) Solat berjamaah & Bacaan Yaasin
7) Barbeque

Sila mendaftarkan diri anda segera bagi mengikuti kem jati diri yang penuh cabaran dan menyeronokkan.

Kem JatiDiri Kadet Polis 2009

post kem jatidiri kadet polis 2009 akan diupdate pada masa akan datang. Harab bersabar terima kasih.

Selamat Datang Semua

Blog Kadet Polis SMK Pantai Sepang Putra mula dibina pada 10 Julai 2010 semasa Kem Jati Diri Kadet Polis Peringkat Sekolah sedang berlangsung.

Penyediaan korkadetpolispsp.blogspot.com ini adalah diharapkan supaya semua aktiviti ahli kadet dirakamkan dalam satu laman web yang khusus.

Di samping itu juga, pihak admin blog ini akan cuba sentiasa melakukan kemaskini maklumat terbaru serta berkongsi nota kadet polis bersama.